Friday, January 30, 2009

Nota Editor V79

SALAM PERJUANGAN!!!


Bulan ini gua taknak cerita pasal jentera dua roda atau apa-apa yang melibatkan tentang dua roda kat sini..gua nak kita semua para pencinta dua roda menginsafi, berdukalara dan membenci akan peperangan yang sedang berlaku di Palestin. Memang disana sentiasa berlaku peperangan, tapi bila baru baru ni Obama dipilih menjadi Presiden Amerika menggantikan Bush The Bastard, seluroh dunia menaroh harapan bahawa rakyat Palestin akan terbela. Maklomlah, Obama dilihat lebih bagus dari Bush. Tapi...harapan hanya tinggal harapan jela..Ntah-ntah lebeh haram jadah dari Bush apa...

Awal Muharam 1430, Anak Tadak Nasab Zionis mula membuat perasmian tahun baru dengan darah lagi di Palestin. Habes orang awam yang tidak berdosa jadi mangsa. Paling malang dan sedeh bila melihat anak-anak kecik menangis kehilangan ibu bapa. Lihat sajalah gambar-gambar yang terpapar didada akhbar yang disiarkan hampir setiap hari. Darah, daging, hati dan perasaan warga Palestin berderai dimamah peluru-peluru Zionis. Dan ianya sedang berlaku dan terus berlaku, sampai ia sekarang nih..

Jadi, atas kesedaran sebagai manusia, ayoh kita sama-sama berbuat sesuatu. Setakat ini, ramai yang membanjiri jalanraya, menunjuk perasaan dan amarah diatas kekejaman Zionis. Ya, ini salah satu perkara baik untuk memberi tekanan, tetapi nampak seperti tidak terlalu berkesan. Serata dunia memenohi jalan raya menunjok perasaan, tapi Zionis maseh terus membedil Palestin jugak. Anak takdak nasab betol Zionis nih!

Bagi pendapat gua, tindakan kedua yang mungkin akan memberi kesan kepada Zionis (yang disokong secara sulit oleh Amerika) adalah dengan memberi tekanan terhadap ekonomi mereka. salah satu caranya adalah dengan memboikot barangan keluaran mereka. bila kita tak beli barangan mereka, mereka akan rugi dan duit pon tak la masyuk. Bila duit da x masyuk, dia pon kekurangan ongkos untok mendapat sumber pensenjataan dan peluru. Nah, bila tak dak peluru dia nak serang ngan apa kan?. Jadi, pendapat peribadi gua, boikot membeli barangan keluaran Amerika dan sekutunya adalah amat relevan. Ayoh Raider, kita bersatu memboikot barangan Amerika dan sekutunya! Nak lebeh best, halau saja duta Amerika di Malaysia. Macam Hugo Chavez buat kat Venezuela. Ada Brani?

Boikot yang paling jelas dimata iaitu Levis (pakai la Levis bandel, takpon yang siam punya), KFC (p la makan kat kedai mamak, ada gak fried chicken yang ala-ala KFC), Coca-cola(ganti la ngn Radix Cola ka, Mecca Cola ka..), Mc Donal (makan la beger yang jual kat pasar malam, sapot industri pasar malam, tak pon beli yang jual kat bawah flet tuh..) Itu antara yang gua ingat buat masa ni, tapi banyak lagi sebenarnya barangan diaorang yang lain. Ingat, setiap duit yang kita keluarkan masa beli produk2 Amerika dan sekutunya akan menyumbang dana kepada mereka untok membedil manusia yang tidak bedosa di Palestin..tak rasa bersalah ke ha??
Ayoh Raider, boikot barangan Amerika dan sekutunya! Zionis Anak Takdak Nasab! Pergi Mampos!







No comments:

Post a Comment