Friday, January 9, 2009

Ole-Ole dari Kluang...Baik Punya!!

Pada 12-13 April lepas, gua telah diarahkan untuk mencover storykan mengenai perlombaan mosikal bercub yang terulong di Malaysia ini. Maka dengan semangat berkobar-kobar demi lu orang semua pembaca-pembaca Kapcai. Gua sanggup menaiki kapcai gua (Yamaha Lagend) dari KL hingga ke Kluang. Hujan sepanjang perjalanan sedikit pun tidak melunturkan semangat gua ke bumi Kluang Man ini.

Setibanya di hari perlombaan tersebut, otak gua terus kejang (orang utara panggil tarik mengkarung), mungkin kerana hujan sepanjang perjalanan. Lalu gua termenung berseorangan, nak amik gambar rider-rider cub prix, motor diorang laju sangat, bila gua cuba dapatkan angle terbaik untuk gua punya photoshooting, gua macam tak confidence la pulak, buatnya rider-rider tu cilok gua, buta jer gua masuk hospital Kluang, so gua pun mengambil keputusan melepak la di starting grid. Maybe ada aksi-aksi menarik untuk dipersembahkan kat lu orang.



Disinilah bermula kisahnya, baru gua tau punya la best lepak disini, patut lah lu orang punya Dewa Kapcai (DK san, gelaran Macam Tokyo Drift F&F, DK Ghani Arafatz, dua ploh empat jam melekat kat sini, gua disurohnya mengambil gamabr di paddock la, pit stop la, tandas awam la, rupanya kat starting ni ramai cewek-cewek ganteng, dah la cun-melecun, lawa, seksi lagi bergetah gua cakap lu. Fuh!! Boleh buat gadoh kes macam ni, lensa kamera gua pun dah tak reti duduk diam, menandakan ada target baik. Selalu kalau gua snap gambar-gambar semacam ini, gua hanya buat pekasam, so kali ini gua share la dengan lu orang, buat santapan kepala lu orang yang toing-toing, agar minda lu orang fresh sikit. Kalau ada peluang semacam ini nescaya gua snap lagi buat halwa mata. Mana la tau kalau gua dapat pegi moto GP atau race-race peringkat antarabangsa, mesti gadis litar diorang lagi meleleh air liur.

Lu orang jangan buat modal plak, maksud gua buat modal berangan-angan dipayungi gadis litar bersama kapcai lu orang. Lu orang boleh la menanam azam supaya lu orang boleh jadi rider cub prix atau lebih power dari itu. Gua ucapkan selamat menjamu selera. Kepada DK Ghani, next round cub prix pastikan gua ditempatkan di starting grid. Peace!!! -Jinx

No comments:

Post a Comment